8 Februari 2014 - 20:30
Hizbullah bongkar kegiatan perisikan Arab Saudi

Saham perusahaan kuih dibeli oleh perisikan Arab Saudi untuk menjalankan kegiatan rahsia mereka

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut laporan Hadathnews, Hizbullah hari ini berjaya membongkar jaringan perisikan Arab Saudi yang cuba menjalankan kegiatan mereka di Lubnan dengan memperalatkan kedai kuih.

Setelah setahun melakukan pemantauan terhadap dua kedai kuih yang beroperasi di kawasan Harah Harik dan Bik al-'Abd, parti politik bersenjata Lubnan tersebut berjaya mengesan kegiatan perisikan Saudi yang membeli saham perusahaan kuih tersebut bagi menjalankan aktiviti terrorisme kumpulan pengganas Da'ash di tempat yang paling hampir dengan kawasan Hizbullah.

Pasukan perisikan Hizbullah juga telah berjaya menyiapkan laporan pasti tentang hubung kait pengganas dengan pembeli saham syarikat tersebut. Laporan itu juga telah diserahkan kepada tentera Lubnan dan operasi menangkap individu-individu yang berkaitan sudah dijalankan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Hizbullah, pemilik asal perusahaan tersebut bukanlah pengganas, namun beliau adalah pelarian Syria dan berhijrah ke perkampungan Nabl dan Zahra.